Saya ni bukannya dah grad ilmu psikologi atau ilmu kaunseling, cuma nak
kongsi sedikit pengetahuan. Kan orang selalu cakap, tak cukup suatu
pengetahuan selagi belum berkongsi. Jadi, saya nak berkongsi la nih.
Hah, nak berkongsi tentang pilihan dalam hidup kita.
Syukur sangat-sangat sebab dalam hidup kita ni banyak pilihan. Allah
sediakan banyak jalan. Ada jalan yang baik, ada jugak yang tak baik.
Yang baik tu ikut laa, yang jahat tak payah. Takkan tu pun nak kena
ajar... Haih.. Lu udah besar, lu kasi pikir la sendili...
Aneh sungguh saya melihat generasi kita sekarang ni. Ada yang jadi
khalifah, tapi ramai pulak yang jadi sampah. Huh, dah la muka tak
hensem, anak orang miskin, jalan pun tak betul, jahat pulak tu.. Satu
manfaat pun takde pada negara. Kalau dia mati pun, negara tak rugi
apa-apa la katakan. Apa nak jadi ni? Berubahlah. Sampai bila nak terus
jadi begini? Saya cakap ni nak suruh berubah ye.. Tapi biarlah terasa.
Kalau tak terasa, tak berubah jugak kan?
Geram sungguh saya tengok geng-geng mat rempit dan minah rempit di
jalanan tu. Syok sangat ke tunjuk aksi naik motor tu? Naik meluat orang
tengok. Kalau mati, memang la mati di jalan yang lurus, sebab korang
berlumba kat highway, tapi bukan jalan lurus ni yang kita nak bro.
Biarlah mati kita diredai Allah. Tak gitu bro? Kalau ikut saya mudah
aje, tangkap semua mat rempit ni dan hantar ke Palestin, berperang kat
sana. Ada la juga faedah mereka menghuni dunia sementara ni.
Hidup kita di dunia ni sekali sahaja saudara. Tapi kena ingat, mati pun
sekali jugak. Oleh yang demikian, biarlah hidup yang sekali ini dan mati
yang sekali nanti menjadi sesuatu yang menggembirakan buat kita semua.
Akhirnya, kita bangkit di hari kiamat nanti dalam keadaan yang baik dan
menggembirakan, lalu memasuki syurga dalam keadaan luar biasa cemerlang
dan luar biasa bersemangat. Jangan jadi orang terakhir memasuki syurga
udah ler...
No comments:
Post a Comment