Getirnya masalah,membuatkan air mataku mengalir tidak henti.Pada ketika inilah,pujian terhadap Tuhan mulai terbit dari mulutku.Agaknya,ini hikmah ujian perit.
Tatkala aku sudah tiada tempat untuk bergantung,aku sedar Tuhan masih ada.Lalu,aku gagahkan diri ini bangun di tengah sejuknya malam.Aku sembahkan muka yang hina ini ke tanah kerana aku cinta kepada-Nya.Dengan linangan air mata,aku menadah tangan memohon diberi petunjuk,diberi kekuatan untuk menempuh dugaan ini.Aku sudah tidak tahu apa kata hamba terhadap diriku,yang lebih aku utamakan ialah apa yang Tuhan ingin rencanakan ke atas diriku.
Keesokan harinya,aku berjalan lagi,mencari redha Tuhan.Kala ini,segala kesedihan semalam telah Tuhan gantikan dengan kegembiraan.Aku teringat kembali doaku kepada Tuhan semalam;
Wahai Tuhan,yang mengetahui hal hambaMu yang hina ini,aku seakan tidak mampu lagi menaggung derita.Maafkanlah segala dosa yang telah aku perbuat.Gantilah kesengsaraan ini dengan sesuatu yang lebih baik bagi diriku..Allah...
Kini,tiada yang dapat menggangguku lagi,kerana Tuhan ada bersamaku.Dia sentiasa membantuku,ketika susahku dan senangku..

No comments:
Post a Comment