Powered By Blogger

Wednesday, 14 March 2012

Pesananku Buat Para Pemimpin.

Pemimpin atau khalifah merupakan satu tanggungjawab yang cukup besar sehinggakan ada sesetengah ulama yang mengatakan orang yang menjadi pemimpin itu sebenarnya sebelah kakinya telah masuk ke dalam neraka.Apabila kita telah sanggup memegang jawatan pemimpin,perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah memastikan kepimpinan Islam yang terlaksana.Malang yang bertimpa-timpa,ramai pemimpin kita pada hari ini tidak memimpin dengan cara Islam.
Apabila kita telah menjadi pemimpin,itu bermakna tanggungjawab terletak di atas bahu kita.Sekalipun kita mempunyai pelbagai tugas peribadi,tugas yang dipikul sebagai pemimpin tetap perlu dilaksanakan.Ada sesetengah pemimpin yang mengabaikan tanggungjawab kerana sibuk dengan urusan sendiri.Inilah satu perkara yang silap.
Seorang pemimpin akan ditanya oleh Allah mengenai orang yang dipimpinnya.Sewajarnya bagi para pemimpin,memimpinlah dengan sebaiknya.Sekalipun kita terasa tersangat letih,itulah yang dinamakan amanah.Bukankah amanah itu amat berat?Janganlah mencari alasan kerana tiada alasan yang akan diterima di akhirat nanti.
Ana secara peribadi amat menyetujui bukan senang untuk kita memimpin dengan baik ditambah pula dengan sikap manusia yang suka memberontak,tetapi,kita sendiri yang memilih jalan untuk menjadi pemimpin,maka memimpinlah kita.
Eloklah ana rasa para pemimpin sekalian menjadikan kepimpinan itu sebagai medan membangunkan umat,bukan merosakkan umat.Janganlah dianjurkan rencaman program yang tidak bersangkut paut dengan pembangunan modal insan.Muhasabahlah wahai pemimpin sekalian!Pemimpin itu orang yang boleh diikuti dalam aspek hidupnya,pemimpin pandai berbuat bukan sekadar berkata,pemimpin sanggup letih bukan hanya bergoyang kaki,pemimpin itu tauladan,bukan ralit sahaja dan pemimpin itu sanggup susah bersama anak buahnya!
Tahniah yang amat sangat ana ucapkan kepada pemimpin yang ikhlas berjuang,yang memegang prinsip amanah.Anda orang terpilih,berlakulah sebagaimana yang dipilih.

No comments:

Post a Comment