Powered By Blogger

Wednesday, 14 March 2012

Semarakkan Islam

Sebagai umat Islam,menyemarakkan Islam adalah tanggungjawab yang mesti dilaksanakan.Masih belum bersemarakkah Islam?Ya!Islam masih belum bersemarak selagi kita boleh menyaksikan umat Islam tidak solat,yang perempuan pula tidak mengenakan tudung dan lain-lain.
"Mengapa mesti pakai tudung?"Soalan mereka yang liat memakai tudung yang sudah biasa didengar.Kalau kita pergi ke negara yang kurang umat Islam,pasti susah kita ingin mencari makanan halal dan melaksanakan urusan sebagai Islam.Tetapi,kalau semua umat Islam memakai tudung,kita akan mengenal yang mana Islam dan yang mana bukan.Sekali gus memudahkan urusan kita sebagai Islam di negara asing.
Ada juga segelintir yang berkepala cap beruk yang marah-marah.Katanya,"yang itu haram,ini haram,mana yang halal?"Ana ingin bertanya,kalau ada dua perkara,yang banyak dan yang sedikit,mana yang lebih mudah untuk diberitahu?Jawapannya mestilah yang sedikit.Begitulah Al-Quran mengajar kita.Al-Quran menyebut yang haram kerana yang haram itu sedikit,mudah disebut.Yang halal kurang disebut kerana banyak.Perlukah diceritakan yang minum air masak itu halal,pakai stokin itu halal,naik kereta itu halal dan pakai selipar itu halal?
Kita jahat mungkin sebab mata kita.Orang boleh melihat sanggup berjaga sampai pukul 2 pagi semata-mata nak tengok bola.Saudara pernah melihat orang buta menonton bola?Sebab itu dalam Al-Quran,surah an-Nahl:78 dan lain-lain surah menekankan pendengaran melebihi penglihatan kerana ramai menyalahgunakan nikmat penglihatan.Inilah susah jadi orang tak buta.
Ada pula zaman sekarang orang yang nak kaji hantu,nak tangkap gambar hantu dan lain2.Tapi,setakat ni,takde lagi orang yang boleh rakam video dengan hantu.Pelbagai alat canggih dicipta untuk kesan hantu.Bang,hantu lagi canggih kut,sebab tu kita tak boleh tengok diorang.
Ini sekadar pandangan peribadi daripada ana.Untuk membentuk kesedaran kepada seluruh umat.Berfikirlah dengan aqal,bukan dengan kepala lutut.

No comments:

Post a Comment