Powered By Blogger

Friday, 7 December 2012

Langkah Awal Menjadi Penulis Buku, Penyair dan Penulis Novel


1. Mencipta Nama Pena

Nama pena ialah nama yang anda ingin anda dikenali dengannya. Anda akan menggunakan nama pena apabila menulis buku atau mana-mana hasil karya. Sebenarnya, nama pena tidak penting sangat kerana anda boleh saja menggunakan nama asal anda. Tetapi, untuk menunjukkan anda seorang karyawan profesional, penting bagi anda memiliki nama pena.
Sebagai contoh, nama saya Muhammad Hanif bin Mohammad Lee. Nama pena saya ialah muhalee.


2. Menubuhkan laman sosial persendirian


Laman sosial wajib anda bina ialah blog, facebook dan e-mel. Anda boleh memasukkan alamat blog anda ketika menghantar hasil karya. Sesetengah editor mungkin akan membuka laman blog anda sebelum menerima karya atau manuskrip yang dihantar kepada mereka. Jadi, rajin-rajinlah memperbaharui blog anda dengan pelbagai artikel menarik, menandakan anda memang minat menulis. Editor mungkin tertarik dengan anda.


3. Mempelajari format penulisan karya


Sajak, syair, manuskrip buku, skrip drama dan penulisan novel mempunyai format dan skil tersendiri. Anda perlu mempelajari kesemuanya. Sebagai contoh, sajak amat memerlukan elemen atau susunan ayat yang sentiasa segar. Perkataan 'merempuh tembok perasaan' sudah banyak sekali digunakan. Anda perlu menghasilkan ayat baru sebagai ganti seperti 'menghempas tambak kejiwaan' dan sebagainya.
Selain itu, anda perlu mengetahui format apabila menulis karya dengan komputer seperti saiz tulisan, ukkuran langkau baris dan jenis tulisan.
Baiklah, setakat itu dahulu ana sampaikan. Siapkan dulu langkah satu hingga tiga. Menjadi penulis bukan seminit dua. Anda perlukan pengalaman yang amat banyak. Sila ikuti saya untuk maklumat lanjut. 'Follow' dengan e-mel di sebelah ya. Terima kasih.


Muhammad Hanif bin Mohammad Lee boleh dihubungi melalui talian 019-9921522.

Wednesday, 14 March 2012

Lu Kasi Fikir La Sendiri!

Saya ni bukannya dah grad ilmu psikologi atau ilmu kaunseling, cuma nak kongsi sedikit pengetahuan. Kan orang selalu cakap, tak cukup suatu pengetahuan selagi belum berkongsi. Jadi, saya nak berkongsi la nih. Hah, nak berkongsi tentang pilihan dalam hidup kita. Syukur sangat-sangat sebab dalam hidup kita ni banyak pilihan. Allah sediakan banyak jalan. Ada jalan yang baik, ada jugak yang tak baik. Yang baik tu ikut laa, yang jahat tak payah. Takkan tu pun nak kena ajar... Haih.. Lu udah besar, lu kasi pikir la sendili... Aneh sungguh saya melihat generasi kita sekarang ni. Ada yang jadi khalifah, tapi ramai pulak yang jadi sampah. Huh, dah la muka tak hensem, anak orang miskin, jalan pun tak betul, jahat pulak tu.. Satu manfaat pun takde pada negara. Kalau dia mati pun, negara tak rugi apa-apa la katakan. Apa nak jadi ni? Berubahlah. Sampai bila nak terus jadi begini? Saya cakap ni nak suruh berubah ye.. Tapi biarlah terasa. Kalau tak terasa, tak berubah jugak kan? Geram sungguh saya tengok geng-geng mat rempit dan minah rempit di jalanan tu. Syok sangat ke tunjuk aksi naik motor tu? Naik meluat orang tengok. Kalau mati, memang la mati di jalan yang lurus, sebab korang berlumba kat highway, tapi bukan jalan lurus ni yang kita nak bro. Biarlah mati kita diredai Allah. Tak gitu bro? Kalau ikut saya mudah aje, tangkap semua mat rempit ni dan hantar ke Palestin, berperang kat sana. Ada la juga faedah mereka menghuni dunia sementara ni. Hidup kita di dunia ni sekali sahaja saudara. Tapi kena ingat, mati pun sekali jugak. Oleh yang demikian, biarlah hidup yang sekali ini dan mati yang sekali nanti menjadi sesuatu yang menggembirakan buat kita semua. Akhirnya, kita bangkit di hari kiamat nanti dalam keadaan yang baik dan menggembirakan, lalu memasuki syurga dalam keadaan luar biasa cemerlang dan luar biasa bersemangat. Jangan jadi orang terakhir memasuki syurga udah ler...

Pesananku Buat Para Pemimpin.

Pemimpin atau khalifah merupakan satu tanggungjawab yang cukup besar sehinggakan ada sesetengah ulama yang mengatakan orang yang menjadi pemimpin itu sebenarnya sebelah kakinya telah masuk ke dalam neraka.Apabila kita telah sanggup memegang jawatan pemimpin,perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah memastikan kepimpinan Islam yang terlaksana.Malang yang bertimpa-timpa,ramai pemimpin kita pada hari ini tidak memimpin dengan cara Islam.
Apabila kita telah menjadi pemimpin,itu bermakna tanggungjawab terletak di atas bahu kita.Sekalipun kita mempunyai pelbagai tugas peribadi,tugas yang dipikul sebagai pemimpin tetap perlu dilaksanakan.Ada sesetengah pemimpin yang mengabaikan tanggungjawab kerana sibuk dengan urusan sendiri.Inilah satu perkara yang silap.
Seorang pemimpin akan ditanya oleh Allah mengenai orang yang dipimpinnya.Sewajarnya bagi para pemimpin,memimpinlah dengan sebaiknya.Sekalipun kita terasa tersangat letih,itulah yang dinamakan amanah.Bukankah amanah itu amat berat?Janganlah mencari alasan kerana tiada alasan yang akan diterima di akhirat nanti.
Ana secara peribadi amat menyetujui bukan senang untuk kita memimpin dengan baik ditambah pula dengan sikap manusia yang suka memberontak,tetapi,kita sendiri yang memilih jalan untuk menjadi pemimpin,maka memimpinlah kita.
Eloklah ana rasa para pemimpin sekalian menjadikan kepimpinan itu sebagai medan membangunkan umat,bukan merosakkan umat.Janganlah dianjurkan rencaman program yang tidak bersangkut paut dengan pembangunan modal insan.Muhasabahlah wahai pemimpin sekalian!Pemimpin itu orang yang boleh diikuti dalam aspek hidupnya,pemimpin pandai berbuat bukan sekadar berkata,pemimpin sanggup letih bukan hanya bergoyang kaki,pemimpin itu tauladan,bukan ralit sahaja dan pemimpin itu sanggup susah bersama anak buahnya!
Tahniah yang amat sangat ana ucapkan kepada pemimpin yang ikhlas berjuang,yang memegang prinsip amanah.Anda orang terpilih,berlakulah sebagaimana yang dipilih.

Discovery of Islam,Al-Quran and Hadith:Got Questions,Got Answers

Baru-baru ini,sekolah ana telah menganjurkan program School Enrichment Model untuk menggalakkan para pelajarnya mengadakan kajian.Oleh itu,ana telah memilih tajuk Discovery of Islam,Al-Quran and Hadith:Got Questions,Got Answers sebagai kajian.
Dalam masa yang sama,kumpulan kami telah menghasilkan sebuah buku yang menerangkan berkenaan kajian ini.Alhamdulillah,setakat ini buku tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakan.
Oleh yang demikian,bagi sesiapa yang berminat memiliki buku ini,bolehlah komen di bawah atau hanya perlu menelefon ana sendiri (0199921522).
Buat pengetahuan saudara,buku ini dihasilkan dengan kerjasama daripada guru-guru dan alim ulama dari sekolah pengajian pondok yang mana kami telah berjaya membuat perkaitan berhubung ilmu sains masa kini dengan ilmu Al-Quran serta Hadis.

Bakal Pendakwah

Siapakah yang digelar pendakwah?Ketahuilah,kita semua adalah pendakwah.Tidak semestinya ustaz yang duduk berceramah di masjid itu sahaja pendakwah.Tidak semestinya jemaah tabligh itu sahaja pendakwah.Bahkan kita memikul suatu tanggungjawab untuk berdakwah as a Muslim.
Saudara,berdakwah itu mesti!Saudara seorang yang baik atau yang jahat,usaha dakwah kena berjalan!
"...suruhlah manusia berbuat yang makruf dan cegahlah mereka dari yang munkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu..." (Luqman,17)
Tengoklah saudara!Al-Quran suruh kita buat oblisasi dakwah.Dakwah ini bukan arahan mat rempit,bukan arahan mana-mana menteri besar pun.Ini arahan Allah SWT.Jadi,buat!Kemudian,kita akan berhadapan dengan pelbagai kesusahan untuk meningkatkan iman kita.So?Bersabarlah bro...!Inilah yang dinamakan dugaan.Dengan dugaan,iman bertambah,hidup sempurna dan bermakna.Inilah yang kita nak capai dalam hidup.Semoga berjaya kepada semua BAKAL PENDAKWAH.

Tolong Jangan Beritahu Saya

Dalam melayari bahtera kehidupan,ombak-ombak kesakitan dan kepayahan yang menitiskan peluh keluh kesah terpaksa kita hadapi.Jika tidak mahu menghadapi kepayahan yang sedemikian,eloklah keluar dari bawah langit Tuhan ini.Umpatan,cacian adalah asam garam kehidupan.

Pernah seorang rakan datang kepada saya dan ingin memberitahu bahawa terdapat seorang rakan lain yang mengumpat saya. Saya lantas memberitahu,"tolong jangan beritahu saya".Rakan itu menjawab,"tapi ini perkara betul".Saya menolak untuk mendengar umpatan itu.

Saya tidak mahu apabila saya bertemu rakan saya yang lain di tepi jalan atau sebagainya,hati saya menyebut, "orang inilah yang telah mengumpat aku.." atau sebagainya. Lebih bagus jika saya bersangka baik dengan semua orang.

Nasihat ana,berbuat baik dan bersangka baiklah dengan semua orang kerana kita tidak tahu nasib kita nanti di akhirat kelak.

Kepada semua pendakwah(dedikasi khas pelajar Pondok Makrifat)

Apabila saudara berdakwah,orang tak suka-saudara untung sebab terima ujian Allah...Pernah tak apabila saudara ajak kepada kebaikan atau cegah kemungkaran,orang marah saudara?Atau umpat saudara?Inilah dugaan.Iman saudara akan meningkat.Tahniah saudaraku kerana mendapat perhatian Allah dan dugaan daripada-Nya.Teruskan usaha murnimu dan aku sungguh berbangga terhadapmu.Tatkala aku mendengar kalian menghadapi dugaan kerana menyebar luaskan syiar Islam di muka bumi ini,aku berasa sungguh bersyukur kerana aku tahu Allah tidak pernah melupakan kalian semua.

Kalian beruntung dan aku berharap dapat menjadi seperti kalian.Aku menyayangimu sebagaimana kalian menyayangi diri kalian.Tahniah saudara.Teruskan kembara iman ini dan kita akan cuba meraih lambaian syurga.

Aku tidak pernah bersedih..kerana Tuhan ada bersamaku..

Ada ketika,aku terasa sangat sedih kerana terpaksa berhadapan dengan sifat manusia yang semacam sehingga terkadang aku sendiri tidak kuat untuk mengharunginya.Hatiku terasa hancur luluh kerana kesedihan.Dalam menghadapi situasi getir ini,aku tiada tempat untuk mengadu.Kadang-kala,aku menangis sendirian.Tiada siapa yang tahu.

Getirnya masalah,membuatkan air mataku mengalir tidak henti.Pada ketika inilah,pujian terhadap Tuhan mulai terbit dari mulutku.Agaknya,ini hikmah ujian perit.

Tatkala aku sudah tiada tempat untuk bergantung,aku sedar Tuhan masih ada.Lalu,aku gagahkan diri ini bangun di tengah sejuknya malam.Aku sembahkan muka yang hina ini ke tanah kerana aku cinta kepada-Nya.Dengan linangan air mata,aku menadah tangan memohon diberi petunjuk,diberi kekuatan untuk menempuh dugaan ini.Aku sudah tidak tahu apa kata hamba terhadap diriku,yang lebih aku utamakan ialah apa yang Tuhan ingin rencanakan ke atas diriku.

Keesokan harinya,aku berjalan lagi,mencari redha Tuhan.Kala ini,segala kesedihan semalam telah Tuhan gantikan dengan kegembiraan.Aku teringat kembali doaku kepada Tuhan semalam;

Wahai Tuhan,yang mengetahui hal hambaMu yang hina ini,aku seakan tidak mampu lagi menaggung derita.Maafkanlah segala dosa yang telah aku perbuat.Gantilah kesengsaraan ini dengan sesuatu yang lebih baik bagi diriku..Allah...

Kini,tiada yang dapat menggangguku lagi,kerana Tuhan ada bersamaku.Dia sentiasa membantuku,ketika susahku dan senangku..

Where is your heart?

I’m asking you, “where is your heart?” Where is it? Long time ago, it was used to say: “your heart is bound to the treasures and money you’ve got.” One fellow’s heart is bound to the jewelry he bought for his wife. One another fellow’s heart is stuck to the money he has deposited in the bank. Whereas the third fellow’s heart is bound to the lost he has sustained in stock exchange. That was the case before, but frankly it is now more much worse. Where is your heart? Is it with you women; playing with it like a toy? What have you done with it? Hearts are inconstant; they change each hour like a feather blown by the wind turning it upside down. Your heart condition now is different from the one you’ve had an hour ago, and it will certainly differ after an hour and so on. A heart is labeled “inconstant” because of its changeable nature. To confirm to God’s religion is a serious and elevated matter because it is directly related to the heart which is in turn inconstant. May Almighty confirm our hearts to follow the religion properly; seeking his obedience till the Day of Judgment. He is All Powerful. My brother, dear one. Let us slow down and question ourselves tonight: “which heart is yours?” Is it still fettered to Lust? Poor you! Are you still preoccupied with you belly and Lust? Poor you! Are you still living for appearances and worldly pleasures?! Isn’t it time for your heart to get released to the open space of worship? Poor you! Are you still content with a worldly richness or a transient lust? Thinking not of your destiny. If elements of faith dominate, the heart will become healthy, by God’s grace. Whereas if elements of hypocrisy dominate, the heart will become regressed. It means confusing good with evil, and evil with good, without any distinction whatsoever between the two. Resist God in that He orders, and care less for His commands like righteousness toward the parents. No more that he establish worship or pay the poor-due God says, “For he neither trusted nor prayed. But he denied and floated.” (75/31-32). This kind of heart is the one we call “a Regressed Heart” which is one of the most important earthly punishments for those who disobey. Many person have such regressed heart which are extremely cold and merciless. That if one of them sees a blind man trying to cross the street he will not try to help him. He will also commit sins fearing neither God nor people, God forbid! Is this YOUR HEART? Why are you fleeing away? Is this really your heart? Take it easy, calm down, and now tell me frankly. Is this your heart? Do you have an earthly hearted which is satisfied when all your wishes are granted and discontent when they are not?! Is this your heart? A heart searching only for a thing to eat, a car to drive, and a place to visit? Caring only how, when and where to sleep?! Thinking merely of the ones your will befriend! Is this you?! Poor you! What a regressed heart you have! Hasn’t your heart felt the sweetness of prostration; being close to Him? For what have you sold these entire priceless things? You people who are desperate, bored, weary, lost and in pain. Haven’t I told you we long for opening a hospital for curing with belief! Yes, curing with belief. We are in need of such a thing. People who complain that their hearts are not at rest. That their hearts are in pain; worrying about life, children and everything else. No! There is but a sole cure for all these things. “Verily in the remembrance of Allah do hearts find rest” 13/28. Your heart will not find rest until you remember God. Do you want your heart to find rest and be filled with goodness; caring not for earthly life whatsoever. Fill your heart with the remembrance of God. At this time of moment, let us make a promise of commitment. Here is my hand, a promise of commitment. Right now, and before God, hand in hand. Make a covenant that you will follow the path to God. What are you waiting for? Give me your hands and come towards Him.

Untuk saudaraku...

Wahai saudara Islam semua,kita sewajarnya sedar kita ditindas dengan cukup ganas.Tidak wajar jika kita sekadar duduk bergoyang kaki.
Bangunlah!!!
Islam amat memerlukan kita sebagai penganutnya untuk mambantu agama ini.
Ingatlah saudara,
kita pernah berjaya dahulu,tapi itu bukan lagi milik kita.
Nasihatku,jangan sampai kekalahan kini kerana kita.

Fadhilat Wuduk

Hanya orang yang menunaikan solat yang akan mengambil wuduk.Tidak mungkin orang yang tidak solat mengambil wuduk.
Oleh itu,Allah SWT telah menjanjikan ganjaran semasa kita mengambil wuduk lagi.

Hadis baginda,"apabila seseorang telah selesai mengambil wuduk dengan sempurna,lalu dia membaca surah Al-Qadr,maka Allah akan mengirimkan malaikat sebanyak mana titisan air wuduknya untuk memohon ampun kepadanya sehingga hari kiamat."
Insya-Allah,
kita akan mengamalkannya semampu yang boleh.

Mari berfikir wahai saudara yang berakal!!!

Kita perlu cepat-cepat bermuhasabah diri.Sedarlah,segala macam maksiat telah kita lakukan.Bila kita nak insaf?
Saat nyawa telah sampai di halqum,pintu taubat akan ditutup sama sekali.

Saudara!
Kita melakukan maksiat barang di mana.Hatta di rumah Allah sekalipun,masih melakukan maksiat.Ada rumah Allah dijadikan pentas hiburan.Masya-Allah!Kalau di dalm rumah Allah pun masih bermaksiat,apatah lagi di luar..

Bila kita nak ingat mati??
Sungguh susah!Kadang-kadang si penggali kubur sendiri pun membuka aurat!Padahal dialah yang kafankan mayat,mandikan mayat,solatkan mayat dan kebumikan mayat.Malangnya,si urus jenazah pun tak ingat mati!!!

Fikirlah saudara!
Kadang-kadang pasukan bola sepak yang kita sokong tak ada pun yang beragama Islam.Kita sibuk melalak di sana-sini kerana mereka yang bukan beragama Islam.Polemiknya,ke syurgakah mereka?

Allah mengurniakan kita akal fikiran untuk berfikir semestinya.Maka,ana menyeru,berfikirlah!

Hakikat Yang Perlu Diakui

Setelah saudara kita di Palestin dibunuh
setelah semua yang tinggal sekadar air mata
setelah darah merah tumpah membasah
satu hakikat yang perlu kita akui
sama ada kita suka atau tidak
kita terlalu sombong
sekadar melihat di kaca televisyen
umat Islam ditindas Israel durjana.

Kita masih mampu tersenyum
padahal saudara kita di sana tidak mampu
sekalipun untuk menguntum sedikit senyuman
untuk dihadiahkan buat anak tercinta.

Ke mana hilangnya rasa kasih-sayang kita?
Ke mana?!

Benarlah sabda junjungan kalau begitu
"umat Islam di akhir zaman itu ramai tetapi seperti buih di lautan"

Bangunlah untuk kita bina lagi kekuatan Islam itu
tiada kunci pendua untuk kita buka pintu itu melainkan dengan iman dan takwa
kembalilah kepada Allah
di situ sumber kekuatan
jauhi maksiat
jangan sampai lalai!

Saudara,
ajal itu tidak mengenal sesiapa
mungkin kini engkau masih muda
tetapi malaikat maut berupaya menarik nyawa mereka yang perkasa sekalipun!

Tidak mungkin nyawamu dipanjangkan walau sesaat
pulanglah ke pangkal jalan
sebelum ajal menjemput...

Semarakkan Islam

Sebagai umat Islam,menyemarakkan Islam adalah tanggungjawab yang mesti dilaksanakan.Masih belum bersemarakkah Islam?Ya!Islam masih belum bersemarak selagi kita boleh menyaksikan umat Islam tidak solat,yang perempuan pula tidak mengenakan tudung dan lain-lain.
"Mengapa mesti pakai tudung?"Soalan mereka yang liat memakai tudung yang sudah biasa didengar.Kalau kita pergi ke negara yang kurang umat Islam,pasti susah kita ingin mencari makanan halal dan melaksanakan urusan sebagai Islam.Tetapi,kalau semua umat Islam memakai tudung,kita akan mengenal yang mana Islam dan yang mana bukan.Sekali gus memudahkan urusan kita sebagai Islam di negara asing.
Ada juga segelintir yang berkepala cap beruk yang marah-marah.Katanya,"yang itu haram,ini haram,mana yang halal?"Ana ingin bertanya,kalau ada dua perkara,yang banyak dan yang sedikit,mana yang lebih mudah untuk diberitahu?Jawapannya mestilah yang sedikit.Begitulah Al-Quran mengajar kita.Al-Quran menyebut yang haram kerana yang haram itu sedikit,mudah disebut.Yang halal kurang disebut kerana banyak.Perlukah diceritakan yang minum air masak itu halal,pakai stokin itu halal,naik kereta itu halal dan pakai selipar itu halal?
Kita jahat mungkin sebab mata kita.Orang boleh melihat sanggup berjaga sampai pukul 2 pagi semata-mata nak tengok bola.Saudara pernah melihat orang buta menonton bola?Sebab itu dalam Al-Quran,surah an-Nahl:78 dan lain-lain surah menekankan pendengaran melebihi penglihatan kerana ramai menyalahgunakan nikmat penglihatan.Inilah susah jadi orang tak buta.
Ada pula zaman sekarang orang yang nak kaji hantu,nak tangkap gambar hantu dan lain2.Tapi,setakat ni,takde lagi orang yang boleh rakam video dengan hantu.Pelbagai alat canggih dicipta untuk kesan hantu.Bang,hantu lagi canggih kut,sebab tu kita tak boleh tengok diorang.
Ini sekadar pandangan peribadi daripada ana.Untuk membentuk kesedaran kepada seluruh umat.Berfikirlah dengan aqal,bukan dengan kepala lutut.