Kita perlu menjadi luar biasa bagus kerana sudah ada terlalu ramai orang bagus di dalam dunia ini
Wednesday, 14 March 2012
Lu Kasi Fikir La Sendiri!
Pesananku Buat Para Pemimpin.
Pemimpin atau khalifah merupakan satu
tanggungjawab yang cukup besar sehinggakan ada sesetengah ulama yang
mengatakan orang yang menjadi pemimpin itu sebenarnya sebelah kakinya
telah masuk ke dalam neraka.Apabila kita telah sanggup memegang jawatan
pemimpin,perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah memastikan
kepimpinan Islam yang terlaksana.Malang yang bertimpa-timpa,ramai
pemimpin kita pada hari ini tidak memimpin dengan cara Islam.
Apabila kita telah menjadi pemimpin,itu bermakna tanggungjawab
terletak di atas bahu kita.Sekalipun kita mempunyai pelbagai tugas
peribadi,tugas yang dipikul sebagai pemimpin tetap perlu
dilaksanakan.Ada sesetengah pemimpin yang mengabaikan tanggungjawab
kerana sibuk dengan urusan sendiri.Inilah satu perkara yang silap.
Seorang pemimpin akan ditanya oleh Allah mengenai orang yang
dipimpinnya.Sewajarnya bagi para pemimpin,memimpinlah dengan
sebaiknya.Sekalipun kita terasa tersangat letih,itulah yang dinamakan
amanah.Bukankah amanah itu amat berat?Janganlah mencari alasan kerana
tiada alasan yang akan diterima di akhirat nanti.
Ana secara peribadi amat menyetujui bukan senang untuk kita
memimpin dengan baik ditambah pula dengan sikap manusia yang suka
memberontak,tetapi,kita sendiri yang memilih jalan untuk menjadi
pemimpin,maka memimpinlah kita.
Eloklah ana rasa para pemimpin sekalian menjadikan kepimpinan itu
sebagai medan membangunkan umat,bukan merosakkan umat.Janganlah
dianjurkan rencaman program yang tidak bersangkut paut dengan
pembangunan modal insan.Muhasabahlah wahai pemimpin sekalian!Pemimpin
itu orang yang boleh diikuti dalam aspek hidupnya,pemimpin pandai
berbuat bukan sekadar berkata,pemimpin sanggup letih bukan hanya
bergoyang kaki,pemimpin itu tauladan,bukan ralit sahaja dan pemimpin
itu sanggup susah bersama anak buahnya!
Tahniah yang amat sangat ana ucapkan kepada pemimpin yang ikhlas
berjuang,yang memegang prinsip amanah.Anda orang terpilih,berlakulah
sebagaimana yang dipilih.
Discovery of Islam,Al-Quran and Hadith:Got Questions,Got Answers
Baru-baru
ini,sekolah ana telah menganjurkan program School Enrichment Model
untuk menggalakkan para pelajarnya mengadakan kajian.Oleh itu,ana telah
memilih tajuk Discovery of Islam,Al-Quran and Hadith:Got Questions,Got
Answers sebagai kajian.
Dalam masa yang sama,kumpulan kami telah menghasilkan sebuah buku yang menerangkan berkenaan kajian ini.Alhamdulillah,setakat ini buku tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakan.
Oleh yang demikian,bagi sesiapa yang berminat memiliki buku ini,bolehlah komen di bawah atau hanya perlu menelefon ana sendiri (0199921522).
Buat pengetahuan saudara,buku ini dihasilkan dengan kerjasama daripada guru-guru dan alim ulama dari sekolah pengajian pondok yang mana kami telah berjaya membuat perkaitan berhubung ilmu sains masa kini dengan ilmu Al-Quran serta Hadis.
Dalam masa yang sama,kumpulan kami telah menghasilkan sebuah buku yang menerangkan berkenaan kajian ini.Alhamdulillah,setakat ini buku tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakan.
Oleh yang demikian,bagi sesiapa yang berminat memiliki buku ini,bolehlah komen di bawah atau hanya perlu menelefon ana sendiri (0199921522).
Buat pengetahuan saudara,buku ini dihasilkan dengan kerjasama daripada guru-guru dan alim ulama dari sekolah pengajian pondok yang mana kami telah berjaya membuat perkaitan berhubung ilmu sains masa kini dengan ilmu Al-Quran serta Hadis.
Bakal Pendakwah
Saudara,berdakwah itu mesti!Saudara seorang yang baik atau yang jahat,usaha dakwah kena berjalan!
"...suruhlah
manusia berbuat yang makruf dan cegahlah mereka dari yang munkar dan
bersabarlah terhadap apa yang menimpamu..." (Luqman,17)
Tengoklah
saudara!Al-Quran suruh kita buat oblisasi dakwah.Dakwah ini bukan
arahan mat rempit,bukan arahan mana-mana menteri besar pun.Ini arahan
Allah SWT.Jadi,buat!Kemudian,kita akan berhadapan dengan pelbagai
kesusahan untuk meningkatkan iman kita.So?Bersabarlah
bro...!Inilah yang dinamakan dugaan.Dengan dugaan,iman bertambah,hidup
sempurna dan bermakna.Inilah yang kita nak capai dalam hidup.Semoga
berjaya kepada semua BAKAL PENDAKWAH.
Tolong Jangan Beritahu Saya
Pernah seorang rakan datang kepada saya dan ingin memberitahu bahawa terdapat seorang rakan lain yang mengumpat saya. Saya lantas memberitahu,"tolong jangan beritahu saya".Rakan itu menjawab,"tapi ini perkara betul".Saya menolak untuk mendengar umpatan itu.
Saya tidak mahu apabila saya bertemu rakan saya yang lain di tepi jalan atau sebagainya,hati saya menyebut, "orang inilah yang telah mengumpat aku.." atau sebagainya. Lebih bagus jika saya bersangka baik dengan semua orang.
Nasihat ana,berbuat baik dan bersangka baiklah dengan semua orang kerana kita tidak tahu nasib kita nanti di akhirat kelak.
Kepada semua pendakwah(dedikasi khas pelajar Pondok Makrifat)
Kalian beruntung dan aku berharap dapat menjadi seperti kalian.Aku menyayangimu sebagaimana kalian menyayangi diri kalian.Tahniah saudara.Teruskan kembara iman ini dan kita akan cuba meraih lambaian syurga.
Aku tidak pernah bersedih..kerana Tuhan ada bersamaku..
Getirnya masalah,membuatkan air mataku mengalir tidak henti.Pada ketika inilah,pujian terhadap Tuhan mulai terbit dari mulutku.Agaknya,ini hikmah ujian perit.
Tatkala aku sudah tiada tempat untuk bergantung,aku sedar Tuhan masih ada.Lalu,aku gagahkan diri ini bangun di tengah sejuknya malam.Aku sembahkan muka yang hina ini ke tanah kerana aku cinta kepada-Nya.Dengan linangan air mata,aku menadah tangan memohon diberi petunjuk,diberi kekuatan untuk menempuh dugaan ini.Aku sudah tidak tahu apa kata hamba terhadap diriku,yang lebih aku utamakan ialah apa yang Tuhan ingin rencanakan ke atas diriku.
Keesokan harinya,aku berjalan lagi,mencari redha Tuhan.Kala ini,segala kesedihan semalam telah Tuhan gantikan dengan kegembiraan.Aku teringat kembali doaku kepada Tuhan semalam;
Wahai Tuhan,yang mengetahui hal hambaMu yang hina ini,aku seakan tidak mampu lagi menaggung derita.Maafkanlah segala dosa yang telah aku perbuat.Gantilah kesengsaraan ini dengan sesuatu yang lebih baik bagi diriku..Allah...
Kini,tiada yang dapat menggangguku lagi,kerana Tuhan ada bersamaku.Dia sentiasa membantuku,ketika susahku dan senangku..
Where is your heart?
Untuk saudaraku...
Wahai saudara
Islam semua,kita sewajarnya sedar kita ditindas dengan cukup ganas.Tidak
wajar jika kita sekadar duduk bergoyang kaki.
Bangunlah!!!
Islam amat memerlukan kita sebagai penganutnya untuk mambantu agama ini.
Ingatlah saudara,
kita pernah berjaya dahulu,tapi itu bukan lagi milik kita.
Nasihatku,jangan sampai kekalahan kini kerana kita.
Fadhilat Wuduk
Oleh itu,Allah SWT telah menjanjikan ganjaran semasa kita mengambil wuduk lagi.
Hadis baginda,"apabila seseorang telah selesai mengambil wuduk dengan sempurna,lalu dia membaca surah Al-Qadr,maka Allah akan mengirimkan malaikat sebanyak mana titisan air wuduknya untuk memohon ampun kepadanya sehingga hari kiamat."
Insya-Allah,
kita akan mengamalkannya semampu yang boleh.
Mari berfikir wahai saudara yang berakal!!!
Saat nyawa telah sampai di halqum,pintu taubat akan ditutup sama sekali.
Saudara!
Kita melakukan maksiat barang di mana.Hatta di rumah Allah sekalipun,masih melakukan maksiat.Ada rumah Allah dijadikan pentas hiburan.Masya-Allah!Kalau di dalm rumah Allah pun masih bermaksiat,apatah lagi di luar..
Bila kita nak ingat mati??
Sungguh susah!Kadang-kadang si penggali kubur sendiri pun membuka aurat!Padahal dialah yang kafankan mayat,mandikan mayat,solatkan mayat dan kebumikan mayat.Malangnya,si urus jenazah pun tak ingat mati!!!
Fikirlah saudara!
Kadang-kadang pasukan bola sepak yang kita sokong tak ada pun yang beragama Islam.Kita sibuk melalak di sana-sini kerana mereka yang bukan beragama Islam.Polemiknya,ke syurgakah mereka?
Allah mengurniakan kita akal fikiran untuk berfikir semestinya.Maka,ana menyeru,berfikirlah!
Hakikat Yang Perlu Diakui
setelah semua yang tinggal sekadar air mata
setelah darah merah tumpah membasah
satu hakikat yang perlu kita akui
sama ada kita suka atau tidak
kita terlalu sombong
sekadar melihat di kaca televisyen
umat Islam ditindas Israel durjana.
Kita masih mampu tersenyum
padahal saudara kita di sana tidak mampu
sekalipun untuk menguntum sedikit senyuman
untuk dihadiahkan buat anak tercinta.
Ke mana hilangnya rasa kasih-sayang kita?
Ke mana?!
Benarlah sabda junjungan kalau begitu
"umat Islam di akhir zaman itu ramai tetapi seperti buih di lautan"
Bangunlah untuk kita bina lagi kekuatan Islam itu
tiada kunci pendua untuk kita buka pintu itu melainkan dengan iman dan takwa
kembalilah kepada Allah
di situ sumber kekuatan
jauhi maksiat
jangan sampai lalai!
Saudara,
ajal itu tidak mengenal sesiapa
mungkin kini engkau masih muda
tetapi malaikat maut berupaya menarik nyawa mereka yang perkasa sekalipun!
Tidak mungkin nyawamu dipanjangkan walau sesaat
pulanglah ke pangkal jalan
sebelum ajal menjemput...
Semarakkan Islam
"Mengapa mesti pakai tudung?"Soalan mereka yang liat memakai tudung yang sudah biasa didengar.Kalau kita pergi ke negara yang kurang umat Islam,pasti susah kita ingin mencari makanan halal dan melaksanakan urusan sebagai Islam.Tetapi,kalau semua umat Islam memakai tudung,kita akan mengenal yang mana Islam dan yang mana bukan.Sekali gus memudahkan urusan kita sebagai Islam di negara asing.
Ada juga segelintir yang berkepala cap beruk yang marah-marah.Katanya,"yang itu haram,ini haram,mana yang halal?"Ana ingin bertanya,kalau ada dua perkara,yang banyak dan yang sedikit,mana yang lebih mudah untuk diberitahu?Jawapannya mestilah yang sedikit.Begitulah Al-Quran mengajar kita.Al-Quran menyebut yang haram kerana yang haram itu sedikit,mudah disebut.Yang halal kurang disebut kerana banyak.Perlukah diceritakan yang minum air masak itu halal,pakai stokin itu halal,naik kereta itu halal dan pakai selipar itu halal?
Kita jahat mungkin sebab mata kita.Orang boleh melihat sanggup berjaga sampai pukul 2 pagi semata-mata nak tengok bola.Saudara pernah melihat orang buta menonton bola?Sebab itu dalam Al-Quran,surah an-Nahl:78 dan lain-lain surah menekankan pendengaran melebihi penglihatan kerana ramai menyalahgunakan nikmat penglihatan.Inilah susah jadi orang tak buta.
Ada pula zaman sekarang orang yang nak kaji hantu,nak tangkap gambar hantu dan lain2.Tapi,setakat ni,takde lagi orang yang boleh rakam video dengan hantu.Pelbagai alat canggih dicipta untuk kesan hantu.Bang,hantu lagi canggih kut,sebab tu kita tak boleh tengok diorang.
Ini sekadar pandangan peribadi daripada ana.Untuk membentuk kesedaran kepada seluruh umat.Berfikirlah dengan aqal,bukan dengan kepala lutut.
Subscribe to:
Comments (Atom)
