Powered By Blogger

Wednesday, 14 March 2012

Mari berfikir wahai saudara yang berakal!!!

Kita perlu cepat-cepat bermuhasabah diri.Sedarlah,segala macam maksiat telah kita lakukan.Bila kita nak insaf?
Saat nyawa telah sampai di halqum,pintu taubat akan ditutup sama sekali.

Saudara!
Kita melakukan maksiat barang di mana.Hatta di rumah Allah sekalipun,masih melakukan maksiat.Ada rumah Allah dijadikan pentas hiburan.Masya-Allah!Kalau di dalm rumah Allah pun masih bermaksiat,apatah lagi di luar..

Bila kita nak ingat mati??
Sungguh susah!Kadang-kadang si penggali kubur sendiri pun membuka aurat!Padahal dialah yang kafankan mayat,mandikan mayat,solatkan mayat dan kebumikan mayat.Malangnya,si urus jenazah pun tak ingat mati!!!

Fikirlah saudara!
Kadang-kadang pasukan bola sepak yang kita sokong tak ada pun yang beragama Islam.Kita sibuk melalak di sana-sini kerana mereka yang bukan beragama Islam.Polemiknya,ke syurgakah mereka?

Allah mengurniakan kita akal fikiran untuk berfikir semestinya.Maka,ana menyeru,berfikirlah!

No comments:

Post a Comment