Powered By Blogger

Wednesday, 14 March 2012

Kepada semua pendakwah(dedikasi khas pelajar Pondok Makrifat)

Apabila saudara berdakwah,orang tak suka-saudara untung sebab terima ujian Allah...Pernah tak apabila saudara ajak kepada kebaikan atau cegah kemungkaran,orang marah saudara?Atau umpat saudara?Inilah dugaan.Iman saudara akan meningkat.Tahniah saudaraku kerana mendapat perhatian Allah dan dugaan daripada-Nya.Teruskan usaha murnimu dan aku sungguh berbangga terhadapmu.Tatkala aku mendengar kalian menghadapi dugaan kerana menyebar luaskan syiar Islam di muka bumi ini,aku berasa sungguh bersyukur kerana aku tahu Allah tidak pernah melupakan kalian semua.

Kalian beruntung dan aku berharap dapat menjadi seperti kalian.Aku menyayangimu sebagaimana kalian menyayangi diri kalian.Tahniah saudara.Teruskan kembara iman ini dan kita akan cuba meraih lambaian syurga.

No comments:

Post a Comment