Pernah seorang rakan datang kepada saya dan ingin memberitahu bahawa terdapat seorang rakan lain yang mengumpat saya. Saya lantas memberitahu,"tolong jangan beritahu saya".Rakan itu menjawab,"tapi ini perkara betul".Saya menolak untuk mendengar umpatan itu.
Saya tidak mahu apabila saya bertemu rakan saya yang lain di tepi jalan atau sebagainya,hati saya menyebut, "orang inilah yang telah mengumpat aku.." atau sebagainya. Lebih bagus jika saya bersangka baik dengan semua orang.
Nasihat ana,berbuat baik dan bersangka baiklah dengan semua orang kerana kita tidak tahu nasib kita nanti di akhirat kelak.

No comments:
Post a Comment