Powered By Blogger

Friday, 7 December 2012

Langkah Awal Menjadi Penulis Buku, Penyair dan Penulis Novel


1. Mencipta Nama Pena

Nama pena ialah nama yang anda ingin anda dikenali dengannya. Anda akan menggunakan nama pena apabila menulis buku atau mana-mana hasil karya. Sebenarnya, nama pena tidak penting sangat kerana anda boleh saja menggunakan nama asal anda. Tetapi, untuk menunjukkan anda seorang karyawan profesional, penting bagi anda memiliki nama pena.
Sebagai contoh, nama saya Muhammad Hanif bin Mohammad Lee. Nama pena saya ialah muhalee.


2. Menubuhkan laman sosial persendirian


Laman sosial wajib anda bina ialah blog, facebook dan e-mel. Anda boleh memasukkan alamat blog anda ketika menghantar hasil karya. Sesetengah editor mungkin akan membuka laman blog anda sebelum menerima karya atau manuskrip yang dihantar kepada mereka. Jadi, rajin-rajinlah memperbaharui blog anda dengan pelbagai artikel menarik, menandakan anda memang minat menulis. Editor mungkin tertarik dengan anda.


3. Mempelajari format penulisan karya


Sajak, syair, manuskrip buku, skrip drama dan penulisan novel mempunyai format dan skil tersendiri. Anda perlu mempelajari kesemuanya. Sebagai contoh, sajak amat memerlukan elemen atau susunan ayat yang sentiasa segar. Perkataan 'merempuh tembok perasaan' sudah banyak sekali digunakan. Anda perlu menghasilkan ayat baru sebagai ganti seperti 'menghempas tambak kejiwaan' dan sebagainya.
Selain itu, anda perlu mengetahui format apabila menulis karya dengan komputer seperti saiz tulisan, ukkuran langkau baris dan jenis tulisan.
Baiklah, setakat itu dahulu ana sampaikan. Siapkan dulu langkah satu hingga tiga. Menjadi penulis bukan seminit dua. Anda perlukan pengalaman yang amat banyak. Sila ikuti saya untuk maklumat lanjut. 'Follow' dengan e-mel di sebelah ya. Terima kasih.


Muhammad Hanif bin Mohammad Lee boleh dihubungi melalui talian 019-9921522.

No comments:

Post a Comment