Powered By Blogger

Sunday, 13 January 2013

Panduan Penulisan Manuskrip Buku

1. Aplikasi komputer yang perlu digunakan ialah Microsoft Word. Cuma, anda perlu juga kadang-kadang menggunakan aplikasi lain untuk tujuan pengeditan gambar atau graf. Anda perlu menetapkan 'double spacing' sebelum mula menulis. Hal ini adalah wajib daan tidak boleh ditinggalkan sama sekali. Jika tidak, ada kemungkinan besar manuskrip anda ditolak oleh pihak editor. Kemudian, pergi kepada 'insert', kemudian klik 'pages number', kemudian 'position'. Bergantung kepada penulis ingin meletakkan nombor muka surat di sebelah mana.

2. MUKA HADAPAN MANUSKRIP
Tetapkan 'alignment' kepada 'center'. Boleh laminetkan sebagai muka depan. Muka hadapan perlu ada JUDUL BUKU dan NAMA PENULIS.

3. MAKLUMAT DIRI
Maklumat diri perlu diletakkan selepas muka hadapan. Tulis maklumat diri anda seringkas mungkin. Tetapkan 'alignment' kepada 'center'. Maklumat yang perlu dimasukkan ialah TAJUK KARYA, NAMA PENA, NAMA PENUH, ALAMAT RUMAH, NO KAD PENGENALAN, NO TELEFON, ALAMAT EMEL DAN BLOG. Jika ada tambahan boleh sahaja dimasukkan.

4. PENGHARGAAN
Mesti ditujukan kepada DIRI PENULIS, KELUARGA, RAKAN-RAKAN DAN ORANG YANG TERLIBAT MEMBERIKAN INSPIRASI. Pastikan anda tidak lupa untuk meletakkan NAMA ANDA dan ALAMAT EMEL anda di sebelah kanan pada ruangan paling bawah penghargaan.

5. ISI KANDUNGAN
Tetapkan 'alignment' kepada 'center'. Diletakkan selepas penghargaan. Tuliskan ISI KANDUNGAN dengan huruf besar dan tebalkan. Kemudian, tuliskan BAB 1, BAB 2 dan seterusnya. Jika ada tajuk kecil, maka masukkan bersama. Sebagai contoh, Bab 1-Al Hikam dan Bab 2-Lau la Murobbi Ma aroftu Robbi dan seterusnya.

6. MULAKAN MENULIS BAB
NO BAB mesti dituliskan di bahagian atas sekali dan ditebalkan serta 'center'. Contoh, BAB 1. Kemudian masukkan tajuk kecil di bawahnya jika ada. Hanya huruf pertama menggunakan huruf besar. Contoh, Lau la Murobbi...

7.SINOPSIS/BLURB
Apabila anda sudah siap menuliskan semua bab, maka perlu diletakkan sinopsis di belakang sekali. Buatlah ringkasan paling menarik untuk menarik perhatian pelanggan yang ingin membeli buku. Panjangnya tiga atau empat perenggan.

8. CETAK
Cetak (print) pada muka hadapan sahaja. Masukkan dalam satu fail atau binding. Kemudian, poskan dengan POS LAJU agar lebih selamat.

9. TAMBAHAN
Sertakan surat rasmi yang anda mengakui manuskrip itu asli daripada anda. Formatnya seperti format surat rasmi biasa.
Simpan juga salinan manuskrip untuk anda agar dapat bersedia kemungkinan manuskrip tersebut tercicir atau sebagainya.
Akhirnya, selamat menarikan pena!

No comments:

Post a Comment